Boleh ke tengok IPTV guna laptop kalau tak ada android box? Kalau boleh, macam mana cara nak tengok IPTV menggunakan laptop kita yang sedia ada dekat rumah? Sekurang-kurangnya boleh jimat dulu duit sebelum nak upgrade beli android box kan hehe. Menggunakan device-device yang sedia ada adalah langkah terbaik untuk membiasakan diri dengan penggunaan IPTV. Tak perlu keluarkan duit, gunakan apa yang ada pun sudah memadai. Dalam blog post kali ini, saya nak sharekan cara-cara nak tengok IPTV menggunakan laptop. Sebelum saya cerita dengan lebih lanjut, boleh korang comment sikit player apa yang korang pakai dekat laptop korang dekat ruangan komen di bawah? Untuk pengetahuan korang, bukan semua media player yang boleh diguna pakai untuk tengok IPTV. Media player yang WAJIB korang pakai untuk tengok IPTV menggunakan laptop adalah VLC media player SAHAJA . Bagi yang belum install, korang boleh download VLC media player dekat sini . Lepas dah install player ...