Boleh ke tengok IPTV guna laptop kalau tak ada android box? Kalau boleh, macam mana cara nak tengok IPTV menggunakan laptop kita yang sedia ada dekat rumah? Sekurang-kurangnya boleh jimat dulu duit sebelum nak upgrade beli android box kan hehe.
Menggunakan device-device yang sedia ada adalah langkah terbaik untuk membiasakan diri dengan penggunaan IPTV. Tak perlu keluarkan duit, gunakan apa yang ada pun sudah memadai. Dalam blog post kali ini, saya nak sharekan cara-cara nak tengok IPTV menggunakan laptop.
Sebelum saya cerita dengan lebih lanjut, boleh korang comment sikit player apa yang korang pakai dekat laptop korang dekat ruangan komen di bawah? Untuk pengetahuan korang, bukan semua media player yang boleh diguna pakai untuk tengok IPTV.
Media player yang WAJIB korang pakai untuk tengok IPTV menggunakan laptop adalah VLC media player SAHAJA. Bagi yang belum install, korang boleh download VLC media player dekat sini.
Lepas dah install player tersebut dekat laptop, kita kena cari m3u link IPTV yang kita boleh gunakan secara percuma. Part ini yang paling susah sikit untuk mencari m3u link yang boleh diguna pakai. Problem bila link free ini, dia tak stabil dan selalu kena update link baru.
Bagi tujuan tutorial dalam blog post kali ini, saya akan menggunakan m3u link IPTV yang berbayar.
Step Pertama: Klik "Media" dan pilih "Open Network Stream".
Step Pertama: Klik "Media" dan pilih "Open Network Stream".
Step Kedua: Masukkan m3u link dalam ruangan yang disediakan dan tekan "Play".
Step Ketiga: Pilih channel yang kita nak tengok dan wala! Enjoy the match!
Live Rugby Match
Senang tak nak tengok IPTV guna laptop? Yang penting kalau nak tengok IPTV melalui VLC media player ini kene pandai cari m3u link. Tapi kalau nak lebih senang, boleh langgan IPTV yang berbayar. Lagi stabil dan xperlu susah-susah nak cari m3u link yang boleh pakai. Link siap ada username and password lagi. Harap tutorial cara tengok IPTV guna laptop ini dapat membantu korang yang baru nak beralih ke langganan IPTV.





tak tau pasai apa dgn vlc d laptop saya,bila boh url and play x fail x terbuka pon
ReplyDelete