Skip to main content

Cara Langgan IPTV

Kos hidup yang kian meningkat menyebabkan ramai sekarang yang telah beralih ke langganan IPTV sebagai alternatif lain bagi menggantikan Astro. Hal ini termasuk diri saya sendiri. Mana yang kami dapat jimatkan, kami akan potong bil-bil yang berkenaan. Tahun ini merupakan tahun kedua saya melanggan dan menggunakan IPTV di rumah.

IPTV secara umumnya percuma asalkan ada internet connection. Pelbagai siaran yang boleh ditonton daripada channel basic sehinggalah ke channel premium untuk sukan dan sebagainya melalui aplikasi KODI. Jadi kenapa perlu langgan IPTV yang berbayar pulak? Biasalah bila barang percuma ni, ianya tak kekal lama terutama sekali untuk channel premium.



Apa yang kena buat kalau dah tak boleh tengok channel premium?

Solution dia ada satu sahaja trial and error cuba satu-satu link sampai dapat. Jenuh jugak kalau macam tu setiap kali link dah tak boleh pakai, kena cari link baru semula. Tu pun belum tentu dapat haha. Bagi yang biasa dengan KODI inshaAllah tak ada masalah. Sebab link-link tu semua ada inshaAllah cuma kena pandai cari. Rajinkan diri cari dan baca forum KODI.

Memandangkan yang tengok TV ini bukan saya seorang sahaja, saya ambil langkah mudah untuk langgan IPTV yang berbayar. Senang untuk mak, ayah, isteri dan adik-beradik lain guna jugak bila dorang nak tengok TV semasa ketiadaan saya di rumah. Kalau ada isu link tak boleh tengok pun tak perlu risau sebab provider IPTV dah buatkan untuk kita lagi-lagi yang kurang mahir bab IT ini.

Langganan IPTV yang saya jumpa ini hanyalah RM350 sahaja untuk setahun. Kalau bahagi dengan 12 bulan, baru RM29.17 sebulan untuk menikmati pelbagai rancangan premium luar negara. Jimat kan? Heheh. Harus saya ingatkan yang provider IPTV saya ini lebih fokus kepada channel Sukan, US dan UK sahaja. Channel local ada tapi kualiti tidak sebaik channel yang difokuskan dan kadang-kadang stuck.

Kualiti siaran untuk channel Sukan, US dan UK yang disediakan pula ada dalam format SD, HD720p dan HD1080p. Memang puas gila tengok dekat TV terutama bila ada live match. Just cakap sukan apa yang korang minat, inshaAllah semua jenis sukan ada daripada bola, rugby, tennis, dart, golf, F1, MotoGP dan jugak siaran berbayar UFC bagi yang minat sukan mix martial arts.

Apa lagi senarai channel yang ada?

Banyak sangat untuk saya listkan dalam blog post kali ini. Lebih baik korang try dulu dan explore channel-channel yang ada. InshaAllah saya akan update senarai channel dalam blog post yang lain. Provider IPTV yang saya pakai ini pun ada bagi free trial selama 24 jam untuk langganan IPTV mereka. Jadi korang boleh test-test dulu tengok sesuai ke tak sebelum melanggan sebab langganan bulanan tak ada. Hanya langganan setahun sahaja. 

Cara nak langgan IPTV daripada provider saya ini tak susah. Korang boleh whatsapp 019 888 6938 untuk request free trial IPTV. Just provide username korang, tarikh dan masa nak start free trial 24 jam. Request untuk free trial ini hanya pada weekdays sahaja. Sebelum tu, pastikan korang ada android box bagi yang tidak mempunyai function Smart TV dekat TV korang. Android box ini ibarat macam decoder Astro, tak ada decoder tak boleh tengok Astro. Begitulah juga dengan siaran IPTV ini.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Tengok IPTV Guna Laptop

Boleh ke tengok IPTV guna laptop kalau tak ada android box? Kalau boleh, macam mana cara nak tengok IPTV menggunakan laptop kita yang sedia ada dekat rumah? Sekurang-kurangnya boleh jimat dulu duit sebelum nak upgrade beli android box kan hehe. Menggunakan device-device yang sedia ada adalah langkah terbaik untuk membiasakan diri dengan penggunaan IPTV. Tak perlu keluarkan duit, gunakan apa yang ada pun sudah memadai. Dalam blog post kali ini, saya nak sharekan cara-cara nak tengok IPTV menggunakan laptop. Sebelum saya cerita dengan lebih lanjut, boleh korang comment sikit player apa yang korang pakai dekat laptop korang dekat ruangan komen di bawah? Untuk pengetahuan korang, bukan semua media player yang boleh diguna pakai untuk tengok IPTV.  Media player yang WAJIB korang pakai untuk tengok IPTV menggunakan laptop adalah VLC media player SAHAJA . Bagi yang belum install, korang boleh download VLC media player dekat sini .  Lepas dah install player tersebut

Cara Nak Tengok IPTV

IPTV adalah singkatan bagi Internet Protocol Television dimana siaran-siaran tv ini disiarkan melalui capaian internet. Tidak memerlukan sambungan cable dan piring seperti Astro.  Jadi bagaimana cara nak tengok IPTV ? Yang pertama sekali anda perlukan internet seiring dengan namanya yang diterangkan sebelum ini. Seterusnya adalah device untuk streaming siaran-siaran IPTV tersebut. Streaming device yang selalu digunakan adalah android box.  Walaubagaimanapun, bagi mereka yang sedia ada mempunyai Smart TV dekat rumah, device ini tidak diperlukan kerana fungsi Smart TV itu sama saja dengan tujuan penggunaan android box. Last sekali yan g anda perlukan untuk tengok IPTV adalah langganan IPTV . Terdapat beberapa provider di luar sana yang menyediakan pakej berbayar.  Lain provider lain pakej serta keunikan yang ditawarkan jadi ikut budget dan cita rasa masing-masing nak siaran yang macam mana.  Harga untuk langgan IPTV  Malaya pula hanya RM350 untuk setahun, b